CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

-tinta2-

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Saturday, August 21, 2010

=kaitan donut dengan kita=

Di sini ingin saya kongsikan sebuah cerita.
                Pada suatu hari, datang seorang mat rempit ke gerai yang menjual kuih-muih. Gerai tersebut  terletak di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan yang banyak lalu-lalang.maka,banyaklah asap yang menyelubungi kedai itu.pemuda itu amat suka akan kuih donat di gerai itu.Donat itu kelihatan menarik dan sedap dimakan.Ramai orang berebut untuk membeli donat tersebut.Mereka hanya membelek-belek dan memegang donat itu,namun mereka tidak membelinya.
            Tiba-tiba terdetik di hati si pemuda itu, aku suka sangat donat itu, ianya cantik dan menarik tapi ianya telah disentuh oleh orang lain.Aku tidak mahu memiliki sesuatu yang telah disentuh oleh orang lain dan dicemari oleh asap meskipun ianya hanya kuih donat.
           Konklusinya, walaupun pemuda itu hanya seorang mat rempit.dia juga menginginkan sesuatu yang tidak pernah disentuh oleh  dan dicemari.



Renungan buat sahabatku…
Mengapa orang yang bercouple kebanyakkan mereka akan berpegangan tangan, kenapa perlu untuk bersentuhan antara satu sama lain???katanya kerana sayang. Tapi, adakah dia sudah tentu menjadi milik kita walaupun tanpa ikatan yang sah…  
Bukankah  bersentuhan antara wanita dan lelaki  ajnabi adalah haram…
 Adakah mereka tidak tahu  batas-batas pergaulan ataupun mereka sengaja tidak mahu mematuhinya?
Adakah mereka sudah tidak takut kepada ancaman Allah?
Ataupun mereka sudah tidak takut kepada Allah yang menciptakan mereka???
Renungkanlah wahai saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian…



-fatimah-

0 kata-kata: