CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

-tinta2-

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Wednesday, December 29, 2010

MujaHiD SeTiA


Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Hindarkan rasa takut dan gentar
Walau ragakan meregang nyawa
Kerana Allah telah janjikan syurga
Untukmu mujahid setia





Tajuk Nasyid : Mujahid Setia ( Mars Kepanduan )
Artis : Shoutul Harokah

Tuesday, December 28, 2010

PeRinGaTAn hATi

H.. A.. T.. I


  • Jangan haNya MELIHAT, tetapi kita pelu PERHATI.. dan pastikan setiap apa yg kita perhati, membawa HATI kita kepada ILAHI =)

  • LatiH HATI untuk mudah melakukan IBADAT dan LINDUNGI HATI drpd brasa payah untuk melakukan ibadat... Elakkan perkara2 yg membuatkan hati merasakan ibadat sebagai sesuatu yang berat n payah..

  • Penuhkan hati dengan NIAT yg BAIK..dan jagalah keIKHLASan HATI dalam semua perkara yg kita lakukan..

  • Tidak ada manusia yg dpt menipu hatinya sendiri, TETAPI ramai manusia yang ditipu oleh HATINYA SENDIRI..(sama2 lah kita muhasabah diri)..

  • Hati dipengaruhi oleh PANDANGAN mATA..Oleh itu, pandanglah apa yg baik untuk HATI..
  DARI MATA TURUN kE HATI"..


  • Lindungi hati dengan benteng ILMU, InsyaALLAH tidak mudah diserang perasaan ragu dan was2..

  • Jangan pernah putus asa dalam menjalani hidup ini..janganlah diminta kecilkan UJIaN dlm hidup ini, tp mohonlah agar di beri IMaN YG BESAR untuk mghadapi dugaan n badai dlm kehidupan kita di muka bumi ini sebagai KHALIFAH ALLAH..      Dunia x pernah tewas kpd HATI yg mudah tewas..
    
             "Ingatlah diri, bangkitlah sebagai seorang wira, 
             dan ingat, wira bukan manusia yg sempurna..
              Wira adalah org yg KUAT HATI dan berMOTIVASI..
                    dan ingat, Wira bkn seorg yg manja,
          Wira adalah org yg BERANI n TABAH HATI!!
         Wira bukanlah org yg x pnah gagal, tetapi
            wira adalah ORG YG TAK PERNAH GAGAL MENAHAN HATI,
             dan ingatlah.. KEKUATAN HATI yg mbuat khidupn LbEh BEERTI..
            kehidupan malam kita disinari oleh KETABAHAN HATI,
 ...iaitu dia yg telah bjaya BERTAHAN MELALUI KEGAGALAN SERIBU KALI..






  • Ketika hati bersedih, kita perlu memilih.. Pilihlah untuk SENYUM walaupun kita memiliki sebab untuk muram.. Pilihlah untuk BANGKIT walaupn kita telah jatuh n malu.. Pilihlah ntk sabar n redha walaupn kita ada alasan utuk kecewa..



       


  

Wednesday, September 8, 2010

                                         solat  is  WAJIB
                                         study  is  IBADAH
                                         dating  is  HARAM 


muhasabah diri, dating antara dua manusia ajnabi sememangnya haram. tapi dating dengan Allah tak haram. so kalau nak dating sangat, datinglah dengan Allah. kalau kita dating antara ajnabi memang lah banyak orang kata lebih syok, tapi Allah murka. syok ke macam tu????kalau kita dating dengan Allah,pahala kita dapat,redha Allah pun dapat.Insya Allah....dating dengan Allah berdua-duaan pun, takkan kena tangkap khalwat.kalau dating dengan ajnabi, berdua-duaan sangat berisiko untuk kena TANGKAP KHALWAT. lepas tu dapat malu,kena marah dengan mak ayah lagi, buat tension diri sendiri je....setiap saat dan detik dating dengan ajnabi ni, semuanya dosa. tapi setiap saat dan detik dating dengan Allah,semuanya pahala.Insya Allah.......maka renung-renungkanlah, sama ada nak pahala atau dosa.....

Saturday, August 21, 2010

ISLAM is BEST!!

Islam ni best!!!! Sebab…..  Islam telah menggariskan panduan bercouple secara halal,sesungguhnya islam adalah agama yang mudah dan syumul. Andai seorang insan telah jatuh cinta, salurkanlah cinta itu ke jalan yang halal iaitu perkahwinan. Dalam islam juga telah menggariskan cara-cara untuk mendapatkan pasangan yang terbaik dengan amalan solat sunat istikharah…..insya Allah pasangan itu akan membuatkan hidup kita lebih bermakna dan bahagia. Pilihlah pasangan melaui kriteria agamanya bukanlah melaui harta, keturunan dan paras rupa.

Surah An-nur ayat 26:
     “Perempuan –perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).” 


Maka berusahalah untuk menjadi insan yang baik untuk mendapatkan pasangan yang baik. Tetapi janganlah diniatkan perubahan diri kepada kebaikan itu hanya kerana ajnabi semata, tetapi niat dan ikhlaskanlah perubahan itu untuk Allah.



Andai  kita menyukai seseorang ajnabi dan kita hanya meluahkan isi hati kita kepada Allah sahaja tanpa meluahkannya kepada orang lain, kita boleh dianggap sebagai syahid jika kita mati selepas itu.Kerana perjuangan melawan dan engawal nafsu itu merupakan satu jihad yang sukar.



Salah seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi S.A.W sewaktu mereka baru pulang dengan kemenangan dari satu peperangan, “Adakah perjuangan yang lebih hebat daripada ini???” jawab Nabi “Bersedialah kerana selepas ini kita akan mengahadapi satu perjuangan yang lebih besar iaitu jihad melawan nafsu.”

-lela S & pain-

CouPLe is HaRaM??

CouPLe haRam???
Segelintir pihak(ramai la jugak) yang memprotes  bahawa couple is not wrong..
yang salah tu is based on their acting ~
CoupLe itu menjadi haram apabila pasangan sering berjumpa..
tanpa mengira tempat dan waktu.. sering berdua-duan tanpa mempedulikan sekeliling..






astaghfirullah.. perbuatan ini tanpa kita sedari, telah menyalahi hukum  islam.. 
mungkin antara kita ada yang terlupa... atau pun tidak mengetahui bahawa antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, 
terdapat had limit n batasannya... tanpa kita sedari, kelakuan kita itu boleh mendatangkan fitnah kepada mata-mata sekeliling yang memandang...
tapi,lebih menakutkan apabila perbuatan kita itu mendatangkan kemurkaan dari ALLAH yang sentiasa mengawasi dan perhatikan tingkah laku hamba-hambanya..nauzubiLLah~


tapi sebenarnya.. cOuple  menjadi haram bukan based on acting jer.. tapi tengok hati kita juga...
bila bcOupLe nih,kadang2 kita lebihkan pasangan kita lebih dari cinta kita pada-NYA seperti dalam cerita MR.X.


Try muhasabah diri, renungkan... andai kata kita bercouple...sedang azan berkumandang,lepas tu ade inbox msg dari couple kita,mana satu yg akan kita utamakn? *jangan menipu diri* mesti la reply msg itu yg akn diutamakn sebab takut pasangan kita akan bkecil hati... tanpa kita sedari, ALLAH lebih menanti ibadah dari hambanya...






sekaligus kita akan menyedari..adakah cinta kita terhadap pasagan melebihi ciNTa kita kpd-NYA??


sedangkan cinta kpd ALLAh perlu diutamakan..




Sume orang pernah dengar ayat “La taqrabuzzina”.siap kalau ustaz kat P.I bace ayat tu,siap boleh sambung lagi.tapi banyak orang selalu highlight word zina tu je,padahal word taqrabu tu sangat penting.maksudnya jangan DEKATI zina.sebenarnya zina (yang melibatkan persetubuhan lelaki dan perepuan) adalah klimaks perbuatan itu.namun perkara-perkara yang mendorong ke arah zina juga dipanggil zina.kalau tengok orang couple,tipu la kalau pasangan tu tak sentiasa ingat kat pasangan dia,tak selalu calling-calling,tak selalu dating.semua benda tu melibatkan zina kecil iaitu zina hati,zina mata,dan zina telinga.itu semua boleh mendorong kepada zina kubra…

Lain pulak ceritanya kalau lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan walaupun mereka tak declare untuk bercouple.perbuatan ini juga salah di sisi agama. Jadi ia menyamai dengan hukum haram.ramai antara kita yang leka tentang perkara ini. Kerana kita menganggap perkara ini enjadi satu trend(nauzubillah….),sedangkan hukum islam itu kekal hingga akhir zaman..



ermm.. selain tu juga, couple ni jugak mendekatkan diri kita terhadap nafsu..
tak  dapat disangkal bahawa NAFSU merupakan salah satu anasir yang telah disebut didalam Al-Quran supaya orang beriman buat kemungkaran~ *mcm dahsyat la pulak* tapi kenyataan~wanita seharusnya menjaga pandangan,menjaga tingkah laku dan pakaian.agar kita tak menjadi faktor kepada jatuhnya jihad kau adam...




Sesungguhnya bercinta itu tidaklah salah. itu adalah lumrah setiap manusia untuk mencintai dan dicintai. Tetapi cinta itu akan menjadi lebih hebat sekiranya cinta kepada Allah melebihi segala-galanya…

     Andai seorang wanita jatuh cinta kepada seorang lelaki , dan seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang wanita…. Panjatkanlah doa kepada Allah….
“Ya Allah,jika benar dia untukku,tetapkanlah hatinya dengan hatiku.
jika dia bukan milikku,damaikahlah hatiku dengan ketentuanMu.”
Sesungguhnya cinta yang lahir dala hati kita , merupakan pemberian dari Allah. Jadi kita perlu rasa bersyukur dan menyintai Allah kerana Dia telah , memberikan nikmat kepada kita untuk berasa disayangi dan menyayangi . Oleh itu , kita perlulah menggunakan cinta itu ke landasan yang benar mengikut batas-batas islam. Mengadulah pada Allah andai kita tidak dapat menahan dan mengawal perasaan cinta itu.Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihan dan keluhan hamba-hambanya..



_______________________________________________________
    ' Suatu zaman dahulu orang-orang kafir sangat gerun dengan semangat jihad orang-orang islam. Suatu hari seorang lelaki kafir sedang mengintip pergerakan orang islam,lelaki itu ternampak seorang anak kecil yang sedang berlatih dan bersedia untuk jihad. Lelaki kafir itu terus pulang ke kumpulannya untuk menyampaikan berita.mendengarkan berita yang disampaikan lelaki pengintip tadi,semua tentera kafir berasa gerun dan tidak jadi untuk mara menyerang orang-orang islam. Beberapa tahun selepas itu,orang kafir menghantar lagi pengintip untuk mengintip keadaan orang islam. Sedang pengintip itu berjalan-jalan,dia terjumpa seorang pemuda islam.pemuda itu sedang menangis teresak-esak. lalu si pengintip bertanya kepada pemuda itu,

"Mengapa kamu menangis wahai anak muda?"

si pemuda tanpa segan silu menjawab,


 "kekasihku yang kucintai telah meninggalkan aku".


pengintip orang kafir tadi dengan gembira membawa berita kepada tentera kafir. Dengan itu,tentera kafir berasa bahawa orang islam tidak lagi kuat seperti satu masa dahulu. Setelah itu,tentera kafir menyerang orang-orang islam dan malangnya orang islam kalah dalam pertempuran tersebut.Di sini jelas menunjukkan bahawa dengan
cinta yang tidak kena pada tempatnya,seseorang pemuda itu boleh tersasar dari matlamat hidupnya untuk bjihad di jalan Allah..
____________________________________________


  Jadi, dapat kita lihat, hanya kerana cinta yang tak pasti oleh hawa mampu menjadikan seorang adam lemah dalam perjuangannya.. 


 Kepada kau Hawa yg disayangi... oleh itu, jagalah aurat,pandangan dan maruah kita... agar kita tidak menjadi penyumbang kepada kelemahan kaum Adam....

Pelihara dirimu
Wahai mawar berduri

Dirimu suci
Seindah perhiasan diberi
Jangan pula kau cemari diri
Dek hitam debu duniawi

Datangnya Islam mengangkat martabatmu
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu
Sayangi dirimu
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu

Oh mawar berduri
Pelihara peribadi
Hargai maruah diri
Dan dirimu akan menjadi penyeri
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi

Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!



Dan sedarlah wahai kaum Adam... perjuanganmu didunia ini terlalu besar ertinya untuk membawa Islam kembali gemilang...
Wahai kaum adam,


Andai dirimu terluka dan bersedih,
Hanya kerana seorang wanita,
Sedarlah dan bangkitlah,
Perjuangan hidupmu di dunia ini,
Bukanlah hanya untuk wanita semata-mata,
Tetapi
Kau mempunyai tujuan yang lebih aula,
Menjadi pemimpin untuk menegakkan islam di muka bumi ini
mOga hatimu terubat dengan cinta yang lebih agung kepada Allah..




Rasullullah bersabda:
  
    "Musuhmu yang paling kamu perlu lawan ialah NAFSU yang ada dalam tubuhmu. "
                                       
                                                                            ('Ajaibul Qalb Al-Ghazali')
Berdasarkan Hadith Rasulullah,dapat kita simpulkan bahawa NAFSU adalah musuh Iman.Kerana itulah Rasulullah putuskan supaya melawannya..


  Nafsu ini dilawan bukanlah dgn membunuhnya.. tetapi hanyalah dengan mengendalikannya.. Kerana itulah perjuangan melawan nafsu itu diibaratkan sebagai perjuangan yang paling besar.... jauh lebih besar dari perjuangan senjata didalam peperangan....


Dalam kaedah Feqah juga pernah menyatakan bahawa menghindarkan keburukan adalah lebih utama dr mendatangkan kebaikan... 
  
secara konklusinya atau TUNTASnya..

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)



Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :





couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram 
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )







Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram,bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".



-lela S & pain-

edited by fil

=kaitan donut dengan kita=

Di sini ingin saya kongsikan sebuah cerita.
                Pada suatu hari, datang seorang mat rempit ke gerai yang menjual kuih-muih. Gerai tersebut  terletak di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan yang banyak lalu-lalang.maka,banyaklah asap yang menyelubungi kedai itu.pemuda itu amat suka akan kuih donat di gerai itu.Donat itu kelihatan menarik dan sedap dimakan.Ramai orang berebut untuk membeli donat tersebut.Mereka hanya membelek-belek dan memegang donat itu,namun mereka tidak membelinya.
            Tiba-tiba terdetik di hati si pemuda itu, aku suka sangat donat itu, ianya cantik dan menarik tapi ianya telah disentuh oleh orang lain.Aku tidak mahu memiliki sesuatu yang telah disentuh oleh orang lain dan dicemari oleh asap meskipun ianya hanya kuih donat.
           Konklusinya, walaupun pemuda itu hanya seorang mat rempit.dia juga menginginkan sesuatu yang tidak pernah disentuh oleh  dan dicemari.



Renungan buat sahabatku…
Mengapa orang yang bercouple kebanyakkan mereka akan berpegangan tangan, kenapa perlu untuk bersentuhan antara satu sama lain???katanya kerana sayang. Tapi, adakah dia sudah tentu menjadi milik kita walaupun tanpa ikatan yang sah…  
Bukankah  bersentuhan antara wanita dan lelaki  ajnabi adalah haram…
 Adakah mereka tidak tahu  batas-batas pergaulan ataupun mereka sengaja tidak mahu mematuhinya?
Adakah mereka sudah tidak takut kepada ancaman Allah?
Ataupun mereka sudah tidak takut kepada Allah yang menciptakan mereka???
Renungkanlah wahai saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian…



-fatimah-

renungkan wahai sahabat~



Wahai sahabatku yang dikasihi sekalian,
            Janganlah anda bersedih jika anda belum berkesempatan untuk bercouple..
Ingatlah janji Allah kepada hambanya..
Firman Allah yang bermaksud :‟perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki –lelaki yang jahat; dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat;dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik,dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang yang jahat; mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan  (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
                                                                                                                    (Surah an-nur, ayat 26)
Janganlah anda berasa kesal jika anda tidak bercouple.


Kasihan kepada bayi-bayi yang dibuang..







Apakah punca berlakunya pembuangan bayi? Ramai akan menjawab pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan.tapi jawapan yang paling tepat ialah zina. Cara berCouple yang tidak bersesuaian akan  menjeremuskan diri kepada zina. Ingatlah, bayi yang lahir itu sepatutnya diberi peluang untuk hidup.adakah manusia  kejam dan tidak berperikemanusiaan daripada haiwan?JAWAPANNYA,YA ,. Kerana, sedangkan haiwan tidak pernah membuang anak mereka. Apatahlagi membiarkan anak kecil tersebut menjadi makanan untuk haiwan lain..
‟Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat”

-fatimah-

Friday, August 20, 2010

CINTA SEBENAR?

DIMANAKAH CINTAKU YANG SEBENAR???

Ya Allah,
Aku hamba yang dahagakan cinta,
Tetapi aku keliru akan cinta di dunia ini,
Aku perlukan cinta yang tidak akan melalaikan aku daripada mengingati Mu,
Ya Allah,
Berikanlah aku pasangan yang dapat membimbingku daripada tercicir daripada landasan untuk menuju kepada Mu,
Namun, berikanlah aku cinta Mu dahulu ,
Sebelum aku dapat menggenggam cintaku kepada manusia dengan erat.


-fatimah-

Monday, August 16, 2010

ceritera



Cintan cintun tak salah,tapi mesti kene pada tempatnya,masanya dan caranya...kenapa dikatakan couple itu haram(setelah kami betul-betul dapatkan kepastian dari ustazah)....sebab bila 2 manusia yang bercouple tu mencintai pasangan mereka lebih dari mencintai Allah dan RasulNya......






ada satu cerita,bila si kawan bertanya kepada orang yang tengah bercouple ni....


"Antara Allah dan Mr. X, yang mane awak lagi cinta???"kawannya bertanya.

orang yang bercouple ni pun jawab dengan confident..."mesti la Allah".

si kawan tanya lagi...
"kalau saya minta awak bagi pakwe awak kat saya,awak sanggup tak????"

orang yang bercouple ni pun mula melenting,
"semata-mata nak rapas pakwe saya,awak tanya soalan macam ni ye??!!!,saye ingat awak ni kawan,rupanye musuh dalam selimut!!!tak tahu malu!!!".

si kawan dengan tenang tersenyum dan berkata
,"Macam mana awak dengan confidentnya jawab awak lebih cintakan Allah dari  Mr. X, sedangkan saya baru tanya macam tu awak dah melenting???
kalau awak betul-betul cintakan Allah daripada dia,kenapa awak tak sanggup nak lepaskan dia hanya untuk Allah???
"Bukanlah niat saya nak rampas pakwe awak tu,tapi sebagai rakan yang inginkan kita sama-sama mengejar cintaNya dan mendapat cintaNya,saye rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan awak.
bukanlah saye nak tunjuk saye ni baik.tapi tak salah kalau kita sama-sama berpesan dan mengajak ke arah kebaikan..." 



orang yang bercouple ni pun terdiam mendengar kata-kata rakannya.    




macam tu lah ceritanya.... tanpa disedari sebenarnya soalan ni kita tidak dapat jawab dengan jujur.
kita tak kenal dengan diri kita sebenarnya
sebab tu lah,couple itu haram.


-pain-