Saturday, August 21, 2010
ISLAM is BEST!!
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 1:56 AM 0 kata-kata
CouPLe is HaRaM??
yang salah tu is based on their acting ~
CoupLe itu menjadi haram apabila pasangan sering berjumpa..
tanpa mengira tempat dan waktu.. sering berdua-duan tanpa mempedulikan sekeliling..
astaghfirullah.. perbuatan ini tanpa kita sedari, telah menyalahi hukum islam..
mungkin antara kita ada yang terlupa... atau pun tidak mengetahui bahawa antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim,
terdapat had limit n batasannya... tanpa kita sedari, kelakuan kita itu boleh mendatangkan fitnah kepada mata-mata sekeliling yang memandang...
tapi,lebih menakutkan apabila perbuatan kita itu mendatangkan kemurkaan dari ALLAH yang sentiasa mengawasi dan perhatikan tingkah laku hamba-hambanya..nauzubiLLah~
tapi sebenarnya.. cOuple menjadi haram bukan based on acting jer.. tapi tengok hati kita juga...
bila bcOupLe nih,kadang2 kita lebihkan pasangan kita lebih dari cinta kita pada-NYA seperti dalam cerita MR.X.
Try muhasabah diri, renungkan... andai kata kita bercouple...sedang azan berkumandang,lepas tu ade inbox msg dari couple kita,mana satu yg akan kita utamakn? *jangan menipu diri* mesti la reply msg itu yg akn diutamakn sebab takut pasangan kita akan bkecil hati... tanpa kita sedari, ALLAH lebih menanti ibadah dari hambanya...
sekaligus kita akan menyedari..adakah cinta kita terhadap pasagan melebihi ciNTa kita kpd-NYA??
sedangkan cinta kpd ALLAh perlu diutamakan..
ermm.. selain tu juga, couple ni jugak mendekatkan diri kita terhadap nafsu..
tak dapat disangkal bahawa NAFSU merupakan salah satu anasir yang telah disebut didalam Al-Quran supaya orang beriman buat kemungkaran~ *mcm dahsyat la pulak* tapi kenyataan~wanita seharusnya menjaga pandangan,menjaga tingkah laku dan pakaian.agar kita tak menjadi faktor kepada jatuhnya jihad kau adam...
_______________________________________________________
' Suatu zaman dahulu orang-orang kafir sangat gerun dengan semangat jihad orang-orang islam. Suatu hari seorang lelaki kafir sedang mengintip pergerakan orang islam,lelaki itu ternampak seorang anak kecil yang sedang berlatih dan bersedia untuk jihad. Lelaki kafir itu terus pulang ke kumpulannya untuk menyampaikan berita.mendengarkan berita yang disampaikan lelaki pengintip tadi,semua tentera kafir berasa gerun dan tidak jadi untuk mara menyerang orang-orang islam. Beberapa tahun selepas itu,orang kafir menghantar lagi pengintip untuk mengintip keadaan orang islam. Sedang pengintip itu berjalan-jalan,dia terjumpa seorang pemuda islam.pemuda itu sedang menangis teresak-esak. lalu si pengintip bertanya kepada pemuda itu,
pengintip orang kafir tadi dengan gembira membawa berita kepada tentera kafir. Dengan itu,tentera kafir berasa bahawa orang islam tidak lagi kuat seperti satu masa dahulu. Setelah itu,tentera kafir menyerang orang-orang islam dan malangnya orang islam kalah dalam pertempuran tersebut.Di sini jelas menunjukkan bahawa dengan
cinta yang tidak kena pada tempatnya,seseorang pemuda itu boleh tersasar dari matlamat hidupnya untuk bjihad di jalan Allah..
____________________________________________
Jadi, dapat kita lihat, hanya kerana cinta yang tak pasti oleh hawa mampu menjadikan seorang adam lemah dalam perjuangannya..
Kepada kau Hawa yg disayangi... oleh itu, jagalah aurat,pandangan dan maruah kita... agar kita tidak menjadi penyumbang kepada kelemahan kaum Adam....
Wahai mawar berduri
Dirimu suci
Seindah perhiasan diberi
Jangan pula kau cemari diri
Dek hitam debu duniawi
Datangnya Islam mengangkat martabatmu
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu
Sayangi dirimu
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu
Oh mawar berduri
Pelihara peribadi
Hargai maruah diri
Dan dirimu akan menjadi penyeri
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi
Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!
Dan sedarlah wahai kaum Adam... perjuanganmu didunia ini terlalu besar ertinya untuk membawa Islam kembali gemilang...
Wahai kaum adam,
Rasullullah bersabda:
"Musuhmu yang paling kamu perlu lawan ialah NAFSU yang ada dalam tubuhmu. "
('Ajaibul Qalb Al-Ghazali')
Berdasarkan Hadith Rasulullah,dapat kita simpulkan bahawa NAFSU adalah musuh Iman.Kerana itulah Rasulullah putuskan supaya melawannya..
Nafsu ini dilawan bukanlah dgn membunuhnya.. tetapi hanyalah dengan mengendalikannya.. Kerana itulah perjuangan melawan nafsu itu diibaratkan sebagai perjuangan yang paling besar.... jauh lebih besar dari perjuangan senjata didalam peperangan....
Dalam kaedah Feqah juga pernah menyatakan bahawa menghindarkan keburukan adalah lebih utama dr mendatangkan kebaikan...
secara konklusinya atau TUNTASnya..
Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram,bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".
-lela S & pain-
edited by fil
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 1:55 AM 0 kata-kata
=kaitan donut dengan kita=
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 12:21 AM 0 kata-kata
renungkan wahai sahabat~
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 12:10 AM 0 kata-kata
Friday, August 20, 2010
CINTA SEBENAR?
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 11:48 PM 0 kata-kata
Monday, August 16, 2010
ceritera
Cintan cintun tak salah,tapi mesti kene pada tempatnya,masanya dan caranya...kenapa dikatakan couple itu haram(setelah kami betul-betul dapatkan kepastian dari ustazah)....sebab bila 2 manusia yang bercouple tu mencintai pasangan mereka lebih dari mencintai Allah dan RasulNya......
ada satu cerita,bila si kawan bertanya kepada orang yang tengah bercouple ni....
"kalau saya minta awak bagi pakwe awak kat saya,awak sanggup tak????"
kita tak kenal dengan diri kita sebenarnya
sebab tu lah,couple itu haram.
-pain-
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 11:54 PM 0 kata-kata
Sunday, August 15, 2010
=Warkah untuk AdaM=
Adam…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam…
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam…
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam…
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam…
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…
Ikhlas dari Hawa…
Abad ini…
cOreTan lela s_fil_pain_fatimah at 7:33 AM 0 kata-kata