CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

-tinta2-

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Monday, August 16, 2010

ceritera



Cintan cintun tak salah,tapi mesti kene pada tempatnya,masanya dan caranya...kenapa dikatakan couple itu haram(setelah kami betul-betul dapatkan kepastian dari ustazah)....sebab bila 2 manusia yang bercouple tu mencintai pasangan mereka lebih dari mencintai Allah dan RasulNya......






ada satu cerita,bila si kawan bertanya kepada orang yang tengah bercouple ni....


"Antara Allah dan Mr. X, yang mane awak lagi cinta???"kawannya bertanya.

orang yang bercouple ni pun jawab dengan confident..."mesti la Allah".

si kawan tanya lagi...
"kalau saya minta awak bagi pakwe awak kat saya,awak sanggup tak????"

orang yang bercouple ni pun mula melenting,
"semata-mata nak rapas pakwe saya,awak tanya soalan macam ni ye??!!!,saye ingat awak ni kawan,rupanye musuh dalam selimut!!!tak tahu malu!!!".

si kawan dengan tenang tersenyum dan berkata
,"Macam mana awak dengan confidentnya jawab awak lebih cintakan Allah dari  Mr. X, sedangkan saya baru tanya macam tu awak dah melenting???
kalau awak betul-betul cintakan Allah daripada dia,kenapa awak tak sanggup nak lepaskan dia hanya untuk Allah???
"Bukanlah niat saya nak rampas pakwe awak tu,tapi sebagai rakan yang inginkan kita sama-sama mengejar cintaNya dan mendapat cintaNya,saye rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan awak.
bukanlah saye nak tunjuk saye ni baik.tapi tak salah kalau kita sama-sama berpesan dan mengajak ke arah kebaikan..." 



orang yang bercouple ni pun terdiam mendengar kata-kata rakannya.    




macam tu lah ceritanya.... tanpa disedari sebenarnya soalan ni kita tidak dapat jawab dengan jujur.
kita tak kenal dengan diri kita sebenarnya
sebab tu lah,couple itu haram.


-pain-

Sunday, August 15, 2010

=Warkah untuk AdaM=

Adam… 
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
 
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
 

Wahai Adamku…
 
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
 

Adam…

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. 

Adam…
 
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
 

Adam…
 
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap dirumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut… Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
 

Adam..
 
Mengapa kau biarkan aku begini?
 
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
 
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
 
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad s.a.w terhadap mereka?
 
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
 

Adam…
 
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu Sembilan, nafsumu satu. Aku… akalku satu, nafsuku Sembilan.
 
Dari itu Adam…pimpinlah, bimbinglah, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
 
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
 

Adam…
 
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
 

Maafkan aku sekali lagi Adam…
 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah didadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
 

Waspadalah Adam…
 
Andai auratku terdedah…andai suaraku mengatasimu… andai langkah seiringmu…andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
 
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi…
 
Tetapi percayalah!!!...bukan emas yang kucari…bukan berlian yang kupinta… tetapi…hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…Adam…
 
Dengarlah…keluhan hatiku buat dirimu…
 

Ikhlas dari Hawa…
 
Abad ini…



copy from someone fb

~hawa~

Hawa...

Andai engkau masih muda belia remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu. andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa...

Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau jodohmu. ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan. akhirnya lahirlah nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya. lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa...

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu. biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu. cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. cintailah kedua ibu bapamu kerana engkau akan perolehi keredhaan Allah. cintailah keluargamu kerana engkau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


p/s: dicopy dari blog neji

Saturday, August 14, 2010

~cOuPLe~

salam,

'COUPLE'



sesuatu yang agak sukar untuk fil jelaskan di sini kerana tiada pengalaman menyusurinya..*jujur ye*
couple itu dikira berpasangan la kan..
selalunya akan tergambar seorang wanita dan seorang lelaki sebagai pasangan apabila terkeluar istilah ini..
dan menjadi persoalan sekarang 
bagi generasi kini
adakah COUPLE itu 'halal' atau 'haram'?

jadi kami *lela s,fil & pain akan mengupas isu tersebut...
menurut pandangan kami,orang terdekat serta akan ada isi2 yang diambil dari website dan blog berkaitan...

jadi seringkas ye
*fil tak berapa reti nak menulis tentang isu ni..
secara umum 
mengikut waktu dan zaman kini
couple generasi kini dianggap
*mostly
HARAM




itu sahaja..
bagi entry kali ini..
sekian
~wassalam~


-fil-


salam pertama

salam...
salam ukhuwah kepada yang sudi membaca blog ini..
secara ringkas bagi first entry ini, saya akan bercerita sedikit tentang tuan empunya blog ini...
kami terdiri dari fil,lela s dan pain yang masih lagi menuntut di UITM kuala pilah...
jurusan food technology...sem 1...fatimah(dip sc)

idea kami menwujudkan blog ini datang dari pertandingan yang diadakan di UITM K.P..
iaitu blogging contest tentang couple itu halal or haram...
 saya sebagai seorang yang mempunyai pengalaman berblog hanya membantu lela s dan pain mengwujudkan blog ini...

walaupun pertandingan tersebut sempena minggu heart of islam,tetapi blog ini akan terus diupdatekan selagi kami ada masa...insyaAllah...

maaf sekiranya kami tidak memberi input yang cukup kerana kami masih belajar.
harapan kami agar readers semua mendapat sesuatu yang baru dari kami dan amat berguna untuk dunia dan akhirat..insyaAllah...

sebagai permulaan bagi langkah kami, kami akan memberi input2 tentang couple itu halal atau haram bagi post2 selepas ini..

akhir kalam,
semoga terhibur dan mendapat apa yang dikehendaki di blog ini..aminn~

-fil-