CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

-tinta2-

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Saturday, August 21, 2010

ISLAM is BEST!!

Islam ni best!!!! Sebab…..  Islam telah menggariskan panduan bercouple secara halal,sesungguhnya islam adalah agama yang mudah dan syumul. Andai seorang insan telah jatuh cinta, salurkanlah cinta itu ke jalan yang halal iaitu perkahwinan. Dalam islam juga telah menggariskan cara-cara untuk mendapatkan pasangan yang terbaik dengan amalan solat sunat istikharah…..insya Allah pasangan itu akan membuatkan hidup kita lebih bermakna dan bahagia. Pilihlah pasangan melaui kriteria agamanya bukanlah melaui harta, keturunan dan paras rupa.

Surah An-nur ayat 26:
     “Perempuan –perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga).” 


Maka berusahalah untuk menjadi insan yang baik untuk mendapatkan pasangan yang baik. Tetapi janganlah diniatkan perubahan diri kepada kebaikan itu hanya kerana ajnabi semata, tetapi niat dan ikhlaskanlah perubahan itu untuk Allah.



Andai  kita menyukai seseorang ajnabi dan kita hanya meluahkan isi hati kita kepada Allah sahaja tanpa meluahkannya kepada orang lain, kita boleh dianggap sebagai syahid jika kita mati selepas itu.Kerana perjuangan melawan dan engawal nafsu itu merupakan satu jihad yang sukar.



Salah seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi S.A.W sewaktu mereka baru pulang dengan kemenangan dari satu peperangan, “Adakah perjuangan yang lebih hebat daripada ini???” jawab Nabi “Bersedialah kerana selepas ini kita akan mengahadapi satu perjuangan yang lebih besar iaitu jihad melawan nafsu.”

-lela S & pain-

0 kata-kata: