CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

-tinta2-

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Saturday, August 21, 2010

CouPLe is HaRaM??

CouPLe haRam???
Segelintir pihak(ramai la jugak) yang memprotes  bahawa couple is not wrong..
yang salah tu is based on their acting ~
CoupLe itu menjadi haram apabila pasangan sering berjumpa..
tanpa mengira tempat dan waktu.. sering berdua-duan tanpa mempedulikan sekeliling..






astaghfirullah.. perbuatan ini tanpa kita sedari, telah menyalahi hukum  islam.. 
mungkin antara kita ada yang terlupa... atau pun tidak mengetahui bahawa antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, 
terdapat had limit n batasannya... tanpa kita sedari, kelakuan kita itu boleh mendatangkan fitnah kepada mata-mata sekeliling yang memandang...
tapi,lebih menakutkan apabila perbuatan kita itu mendatangkan kemurkaan dari ALLAH yang sentiasa mengawasi dan perhatikan tingkah laku hamba-hambanya..nauzubiLLah~


tapi sebenarnya.. cOuple  menjadi haram bukan based on acting jer.. tapi tengok hati kita juga...
bila bcOupLe nih,kadang2 kita lebihkan pasangan kita lebih dari cinta kita pada-NYA seperti dalam cerita MR.X.


Try muhasabah diri, renungkan... andai kata kita bercouple...sedang azan berkumandang,lepas tu ade inbox msg dari couple kita,mana satu yg akan kita utamakn? *jangan menipu diri* mesti la reply msg itu yg akn diutamakn sebab takut pasangan kita akan bkecil hati... tanpa kita sedari, ALLAH lebih menanti ibadah dari hambanya...






sekaligus kita akan menyedari..adakah cinta kita terhadap pasagan melebihi ciNTa kita kpd-NYA??


sedangkan cinta kpd ALLAh perlu diutamakan..




Sume orang pernah dengar ayat “La taqrabuzzina”.siap kalau ustaz kat P.I bace ayat tu,siap boleh sambung lagi.tapi banyak orang selalu highlight word zina tu je,padahal word taqrabu tu sangat penting.maksudnya jangan DEKATI zina.sebenarnya zina (yang melibatkan persetubuhan lelaki dan perepuan) adalah klimaks perbuatan itu.namun perkara-perkara yang mendorong ke arah zina juga dipanggil zina.kalau tengok orang couple,tipu la kalau pasangan tu tak sentiasa ingat kat pasangan dia,tak selalu calling-calling,tak selalu dating.semua benda tu melibatkan zina kecil iaitu zina hati,zina mata,dan zina telinga.itu semua boleh mendorong kepada zina kubra…

Lain pulak ceritanya kalau lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan walaupun mereka tak declare untuk bercouple.perbuatan ini juga salah di sisi agama. Jadi ia menyamai dengan hukum haram.ramai antara kita yang leka tentang perkara ini. Kerana kita menganggap perkara ini enjadi satu trend(nauzubillah….),sedangkan hukum islam itu kekal hingga akhir zaman..



ermm.. selain tu juga, couple ni jugak mendekatkan diri kita terhadap nafsu..
tak  dapat disangkal bahawa NAFSU merupakan salah satu anasir yang telah disebut didalam Al-Quran supaya orang beriman buat kemungkaran~ *mcm dahsyat la pulak* tapi kenyataan~wanita seharusnya menjaga pandangan,menjaga tingkah laku dan pakaian.agar kita tak menjadi faktor kepada jatuhnya jihad kau adam...




Sesungguhnya bercinta itu tidaklah salah. itu adalah lumrah setiap manusia untuk mencintai dan dicintai. Tetapi cinta itu akan menjadi lebih hebat sekiranya cinta kepada Allah melebihi segala-galanya…

     Andai seorang wanita jatuh cinta kepada seorang lelaki , dan seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang wanita…. Panjatkanlah doa kepada Allah….
“Ya Allah,jika benar dia untukku,tetapkanlah hatinya dengan hatiku.
jika dia bukan milikku,damaikahlah hatiku dengan ketentuanMu.”
Sesungguhnya cinta yang lahir dala hati kita , merupakan pemberian dari Allah. Jadi kita perlu rasa bersyukur dan menyintai Allah kerana Dia telah , memberikan nikmat kepada kita untuk berasa disayangi dan menyayangi . Oleh itu , kita perlulah menggunakan cinta itu ke landasan yang benar mengikut batas-batas islam. Mengadulah pada Allah andai kita tidak dapat menahan dan mengawal perasaan cinta itu.Sesungguhnya Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihan dan keluhan hamba-hambanya..



_______________________________________________________
    ' Suatu zaman dahulu orang-orang kafir sangat gerun dengan semangat jihad orang-orang islam. Suatu hari seorang lelaki kafir sedang mengintip pergerakan orang islam,lelaki itu ternampak seorang anak kecil yang sedang berlatih dan bersedia untuk jihad. Lelaki kafir itu terus pulang ke kumpulannya untuk menyampaikan berita.mendengarkan berita yang disampaikan lelaki pengintip tadi,semua tentera kafir berasa gerun dan tidak jadi untuk mara menyerang orang-orang islam. Beberapa tahun selepas itu,orang kafir menghantar lagi pengintip untuk mengintip keadaan orang islam. Sedang pengintip itu berjalan-jalan,dia terjumpa seorang pemuda islam.pemuda itu sedang menangis teresak-esak. lalu si pengintip bertanya kepada pemuda itu,

"Mengapa kamu menangis wahai anak muda?"

si pemuda tanpa segan silu menjawab,


 "kekasihku yang kucintai telah meninggalkan aku".


pengintip orang kafir tadi dengan gembira membawa berita kepada tentera kafir. Dengan itu,tentera kafir berasa bahawa orang islam tidak lagi kuat seperti satu masa dahulu. Setelah itu,tentera kafir menyerang orang-orang islam dan malangnya orang islam kalah dalam pertempuran tersebut.Di sini jelas menunjukkan bahawa dengan
cinta yang tidak kena pada tempatnya,seseorang pemuda itu boleh tersasar dari matlamat hidupnya untuk bjihad di jalan Allah..
____________________________________________


  Jadi, dapat kita lihat, hanya kerana cinta yang tak pasti oleh hawa mampu menjadikan seorang adam lemah dalam perjuangannya.. 


 Kepada kau Hawa yg disayangi... oleh itu, jagalah aurat,pandangan dan maruah kita... agar kita tidak menjadi penyumbang kepada kelemahan kaum Adam....

Pelihara dirimu
Wahai mawar berduri

Dirimu suci
Seindah perhiasan diberi
Jangan pula kau cemari diri
Dek hitam debu duniawi

Datangnya Islam mengangkat martabatmu
Terciptanya syariat demi memelihara dirimu
Sayangi dirimu
Dan ketahuilah, Allah jua amat kasih padamu

Oh mawar berduri
Pelihara peribadi
Hargai maruah diri
Dan dirimu akan menjadi penyeri
Keindahanmu mampu mengatasi segala perhiasan duniawi

Jangan sesekali kau goncang iman sang lelaki dengan lirik manjamu
Sebaliknya, kau goncanglah dunia dengan keteguhan imanmu!



Dan sedarlah wahai kaum Adam... perjuanganmu didunia ini terlalu besar ertinya untuk membawa Islam kembali gemilang...
Wahai kaum adam,


Andai dirimu terluka dan bersedih,
Hanya kerana seorang wanita,
Sedarlah dan bangkitlah,
Perjuangan hidupmu di dunia ini,
Bukanlah hanya untuk wanita semata-mata,
Tetapi
Kau mempunyai tujuan yang lebih aula,
Menjadi pemimpin untuk menegakkan islam di muka bumi ini
mOga hatimu terubat dengan cinta yang lebih agung kepada Allah..




Rasullullah bersabda:
  
    "Musuhmu yang paling kamu perlu lawan ialah NAFSU yang ada dalam tubuhmu. "
                                       
                                                                            ('Ajaibul Qalb Al-Ghazali')
Berdasarkan Hadith Rasulullah,dapat kita simpulkan bahawa NAFSU adalah musuh Iman.Kerana itulah Rasulullah putuskan supaya melawannya..


  Nafsu ini dilawan bukanlah dgn membunuhnya.. tetapi hanyalah dengan mengendalikannya.. Kerana itulah perjuangan melawan nafsu itu diibaratkan sebagai perjuangan yang paling besar.... jauh lebih besar dari perjuangan senjata didalam peperangan....


Dalam kaedah Feqah juga pernah menyatakan bahawa menghindarkan keburukan adalah lebih utama dr mendatangkan kebaikan... 
  
secara konklusinya atau TUNTASnya..

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)



Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :





couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram 
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )







Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram,bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".



-lela S & pain-

edited by fil

0 kata-kata: